Bukit Hijau Farm
Sunday, 14 July 2013
KAMBING BOER
APA PENDAPAT KORANG KALAU AKU BELA KMBING BOER? aku dah ushar2 kambing boer tp nk kena tanya kwn2 dulu.
Sunday, 25 March 2012
SYOK-SYOK
Untuk menambah koleksi ternakan, BHF cuba menternak unggas spt ayam mutiara, ayam selasih dan ayam poland.... semua ni syok2 je... kadang2 tu bila balik dr sekolah dan tension blh la tengok2kan ayam2 ni.. kambing tu dah selalu tengok....tp boleh buat duit jgak bila jual anak2..
REZEKI AWAL TAHUN 2012
Alhamdulillah awal tahun ni Allah limpahkan rezeki dengan kelahiran 20 ekor anak2 kambing di kandang BHF.. tunggu bulan 8 ni pulak...
Sunday, 23 October 2011
Wednesday, 12 October 2011
ILMU: PENYAKIT KEMBUNG PERUT
Penyakit kembong berlaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pastura dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.
Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation). Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar. Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsung terhadap pengeluaran gas.
Jenis-jenis penyakit kembong
a) Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)
- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)
b) Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf
c) Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.
Faktor utama adalah masa dan keadaan ternakan, jenis makanan & keadaan tanah (kandungan zat).
Tanda-tanda klinikal:
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa).
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun.
- kurang makan dan minum.
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan.
- kematian.
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea).
Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen. Dalam penyakit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.
Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.
Pengawalan penyakit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sihat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus. Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selain dari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi rawatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.
sumber: JPH T'ganu

Monday, 23 May 2011
Asas Rawatan Kambing
ASAS RAWATAN TERNAKAN KAMBING/BEBIRI
Oleh:Anuar sahimi
1. KECACINGAN Rawatan & PencegahanKecacingan
Rawatan
Beri ubat nyahcacing yang sesuai samada secara oral, suntikan, pour-on
Pencegahan
Sistem ragutan pusingan
Rawatan Tradisional 3. FOOT ROT FOOT ROT
Kesakitan
Tempang Demam tiada selera
Toksemia terbaring
Kematian
Langkah-langkah Rawatan
Kesan tanda-tanda awal pada ternakan dengan memeriksa kawasan kuku / tapak kaki
4. Diarea (Berak cair) Tanda-tanda
Ternakan mengalami berak cair, sakit abdomen, dehidrasi, tiada selera dan lemah
1. PENGURUSAN makanan tidak sesuai
kandang & peralatan tidak bersih
air yg tidak bersih
2. PARASIT cacing
3. BAHAN KIMIA keracunan
4. PENYAKIT bakteria, virus, protozoa (coccidiosis)
1. PENGURUSAN makanan tidak sesuai
kandang & peralatan
tidak bersih
air yg tidak bersih
2. PARASIT cacing
3. BAHAN KIMIA keracunan
4. PENYAKIT bakteria, virus,
protozoa (coccidiosis)
PENYEBAB
Bakteria
Corynebacterium pseudotuberclosis
TANDA KLINIKAL bisul pada nodus limfa
bisul masak pecah mengeluarkan nanah hijau pekat
RAWATAN tidak digalak - asing singkir
antibiotik - penisilin
KAWALAN Singkir ternakan positif pd ujian serologi
Program basmi kuman lantai & peralatan
5.KEMBUNG Gas terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar
Penyebab kembung
Kadar gas yg dihasil dlm rumen & retikulum melebihi kadar pengeluaran gas melalui eruktasi.
Sekatan esofagus, radang perut
Keracunan - Daun kayu beracun & Nitrat
Terlebih PKC, PKC terlalu halus
Sensitiviti pd ubat, rosak saraf vagus
KEMBUNG (Bloat) Rawatan KEMBUNG
Masukan tiub perut melalui mulut, esofagus,terus ke rumen.
Beri ubat penahan kembung (antibloat) terus ke dalam rumen
6. LUKA BERULAT (MYIASIS) sebabkan pendarahan & kerosakan tisu
Ternakan gelisah, gatal,anoreksia,
berat turun
Jangkitan sekunder oleh bakteria,
toksemia, kematian
Bersihkan kawasan terlibat dgn antiseptik (Hydrogen peroxide)
Keluarkan ulat di kawasan yang boleh dilihat. Buang semua tisu nekrotik
Rawat luka dengan iodin & bunuh ulat dengan serbuk negasunt, Sembur fly repellent spt Gusanex
Kawalan
Elakan kecederaan/luka pd ternakan
Rawatan iodin pusat anak baru lahir
Program nyahkutu berjadual-elak luka akibat gigitan kutu
Guna fly repellant (gusanex®) - elak lalat hinggap kawasan luka
7. PURU(Contagious Ecthyma) Tanda-tanda
Gelembung air di mulut, gusi, bibir. Bila pecah menjadi keruping merekah dan berdarah
Juga bebentuk keruping hitam pada bibir/muzle
Terjadi juga di celah jari dan bahagian tetek ibu
Disebabkan oleh Virus dan mudah menyerang anak bebiri
Rawatan & Kawalan
RAWATAN Bersih & ubat luka kesan drp gelembung pecah dengan iodin / gentian violet / krim akriflavin
Sapu Krim Mepyramineä pd gelembung
KAWALAN Asing yg berpenyakit, jauhkan jangkitan drp gelembung yg pecah
Rawatan Tradisional
8. Pneumonia TANDA-TANDA
Pernafasan cepat / sesak nafas
Suhu tinggi / demam
Bunyi pernafasan tidak normal
Batuk, bersin, cecair dari hidung
Lemah, kurus, tiada selera
Rawatan & Kawalan
PENYAKIT SPESIFIK Program kesihatan juga harus menjurus kepada kawalan & pencegahan penyakit-penyakit yg sering / pernah berlaku di lapangan seperti:
Pasteurellosis
Brucellosis
Melioidosis
Coccidiosis
Enterotoxaemia
SPA
FMD

Subscribe to:
Posts (Atom)